Sunday, April 22, 2018

Sengaja ke atau memang x tahu???

Assalamualaikum..

Malam ni nak kongsikan pengalaman di tempat dobi. Bukan la sesuatu yang menarik pun. Macam biasa la dobi jadi pilihan, sebab mudah. Bukannya xde mesin basuh di rumah pun, tapi sebab dah ada kemudahan yang serba pantas, maka dari itu kita manfaatkan lah ye.

Eh.. setle mukaddimah.. ha berbalik kepada kisah di dobi hari ini. Sesudah memulakan sesi membasuh baju, ada la hamba sorang ni di dobi ini. Nampak macam blur2 je... first impression kan.. sebenarnya x boleh judge orang begitu ye.. nasihat kepada diri sendiri.... malam ni agak ramai juga pengunjung dobi ni, tempat duduk agak sesak. Ada yang datang solo, berdua tak kurang jugak yang datang satu rombongan keluarga. Ni la masanya nak kukuhkan ikatan keluarga, ye tak? 

Setelah itu, si pemuda ini duduk di kerusi urut yg sedia ada di situ.. maybe nak urut la kan.. mana de orang dok kerusi urut untuk tujuan lain.. ada ke?? X sampai seminit menjeritlah kerusi urut itu. Bukan menjerit sebab berhantu atau ada saka, sebaliknya sebab kerusi urut tidak disuap wang kertas. Menjerit la dia. Ada duit, ada kerja. Xde duit, meroyan la kerusi tu. Seminit berlalu, 2 minit berlalu, 3 minit, 4 minit berlalu. Melarat kepada beberapa minit tapi si pemuda x juga bangun. Telinga dia ada masalah ke?? Sengaja? Memang betul2 tak tahu? Memang x dapat dengar?? Alangkah berdesingnya telinga ni, maka saya mengambil keputusan berpindah la ke tempat lain, menjauhkan diri. 

Tak lama kemudian, si pemuda ni bangun dan uruskan proses cuci pakaiannya. Lega... mesti dia dah sedar akan pencemaran bunyi yang telah dia lakukan. Jadi nak bgtau kita akan sentiasa belajar benda baru dalam hidup ini. Pastinya pemuda ini belajar sesuatu yang baru. Bagi diri saya, itu saya anggap sebagai satu ujian. Hanya dengan sedikit ujian itu lah kita tahu erti sabar, menghormati dan tolak ansur. 

Selang beberapa minit, pemuda ini kembali ke dobi ini dan duduk semula di kerusi urut ini. Dan apa yang menarik, pemuda ini melalukan hal yang sama seperti di atas. Duduk, tidak menghulurkan wang kertas, maka menjerit lah ia sekali lagi.. kali ini lebih lama... hahaha.. Senario berulang. Dia x belajar apa2.. Teruskan lah buat benda yang sama berulangkali yer.. 

Mujur saya x lama di situ kerana proses mencuci baju dan mengeringkan selesai.. 

Ada mata lihat
Ada mulut cakap
Ada telinga dengar


Assalamualaikum

1 comment:

Kenderaan

Saya pergi ke Jepun dengan kapal terbang. Watashi wa nihon e ikimasu. Saya pergi ke Jepun. Watashi wa hikouki de nihon e ikimasu. Saya per...