Salam
Jom belajar hiragana hari ni. Sebelum itu... hiragana? Apa tu hiragana?? Korang pernah belajar tentang hiragana???
Jadi, apa kata hari ni kita belajar sikit pasal hiragana. Dalam sistem tulisan Jepun, terdapat 4 pecahan iaitu hiragana, katakana, romaji dan kanji. Jangan pening-pening, kita belajar dulu hiragana. Nanti untuk pembelajaran seterusnya, kita kenal yang selebihnya. Nak cerita pasal sejarah hiragana, tapi rasanya korang boleh la Google kot... sebab nanti kalau masuk bab sejarah, takut ada yang tertidur...diri sendiri sebenarnya. Hahaha... throwback dulu masa masih student, sangat tidak gemar mata pelajaran sejarah. đ
Berbalik kepada hiragana, di bawah adalah jadual asas huruf hiragana. Lihat, teliti elok-elok dan cuba lah hafal bunyi bagi setiap aksara(huruf) ya...
Boleh lihat, tapi mcm mana nak baca ye.... Jangan risau, saya sertakan cara menyebutnya. Lihat rajah di bawah ye.
Baris a dibaca dari atas ke bawah, iaitu a, i, u, e, o
Baris ka dibaca dari atas ke bawah, iaitu ka, ki, ku, ke, ko
Baris sa dibaca dari atas ke bawah, iaitu sa, shi, su, se, so
Baris ta dibaca dari atas ke bawah, iaitu ta, chi, tsu, te, to
Baris na dibaca dari atas ke bawah, iaitu na, ni, nu, ne, no
Baris ha dibaca dari atas ke bawah, iaitu ha, hi, fu, he, ho
Baris ma dibaca dari atas ke bawah, iaitu ma, mi, mi, me, mo
Baris ya dibaca dari atas ke bawah, iaitu ya, yu, yo
Baris ra dibaca dari atas ke bawah, iaitu ra, ri, ru, re, ro
Baris wa dibaca dari atas ke bawah, iaitu wa, wo
Last sekali dibaca dengan sebutan eng
Cuba jawab soalan ni...
Rujuk jadual hiragana di atas, dan cuba baca perkataan di bawah:
ïŒ.ăă
ïŒ.ă«ă»ă
ïŒ.ăăŻăă
ïŒ.ăăŠă
ïŒ.ăăă
ïŒ.ă€ăȘăż
Sila cuba!!
Ganbatte kudasai!
No comments:
Post a Comment